Monday, November 23, 2009

MAKANAN SIHAT

1 comment:

  1. Makanan seimbang, senang je bunyi ayat tu. Dah cuba ikut tapi tak dapat result. ????? Dah cuba macam-macam tapi tak de result jugak. Dietcian kat IJN dah bagi warning kalau next appointment (16.12.09) tak kurang berat badan dia orang tak nak ambik kes lagi sebab katanya aku ni degil tak ikut kata.

    Sebenarnya aku pun dah give up gak. Dah macam-macam aku cuba tapi badan makin naik macam belon. Puasa sebulan pun cuma turun 200 gram.

    11.10.09 pertemuan pertama dengan Feyh. 'Cuba je lah, kalau tak jadi boleh dapat duit balik sebab RM back gerenti'.

    12.10.09 start permulaan program makanan seimbang. Alhamdulillah hari ini badan ku rasa lain. Segar semacam je. Rasa nak buat keje dapur yang dah lama aku tak larat nak buat. Siap cuci dapur, alhamdulillah senang mata memandang sebab dapur dah bersih. Har-hari berikutnya aku lebih cergas. Husband tersenyum riang sebab aku dah dapat stamina balik. Balik keje tak terlantar lagi dah boleh terus masuk dapur masak ngan buat keje rumah.

    21.10.09 jumpa Feyh buat kali ke2. Dah turun 2kg. Alhamdulillah. Happy sungguh. Badan rasa sihat dan dapat kurangkan berat badan. Yes, dapatlah aku buktikan pada dietcian, aku ni bukannya tak dengar cakap tapi pemakanan seimbang yang aku ambil seperti yang mereka sarankan tak berkesan sebab aku tak boleh nak exercise kerana kaki aku pernah tercedera.

    Apa-apa pun aku dah dapat kurangkan lagi 2kg pada 9.11.09. Jumlah kurang berat badan aku 4kg dalam masa 1 bulan. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya ALLAH.

    Bestnya program ni aku tak perlu laparkan diri. Cuma pemilihan makanan dan kena hati-hati sikit. Ok lah dah lewat ni Nanti sambung lagi. Salam sihat sejahtera.

    ReplyDelete